I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 14 November 2011

Barra KabaBOOM di Lubuk Tiang

Kelapangan hujung minggu pada 14.11.2011 yang lepas telah diisi dengan aktiviti komplot di Lubuk Tiang. Trip kali ini dijayakan bersama rakan caster Mr. Hisyam selaku Fishfinder dan GPS bagi trip ini. Bermula seawal 6 pagi, kami bergerak ke jeti Awat-Awat untuk mendapatkan bot sewa yang ditempah sehari lebih awal. Paras air yang masih rendah telah menyukarkan kami untuk keluar menuju ke Lubuk Tiang namun kami menyusuri Sungai Awat-Awat terlebih dahulu sementara menunggu air naik pasang.

Jam 9.30 pagi, kami mula keluar menuju ke Lubuk Tiang. Setiba sahaja di Lubuk Tiang, terukir senyuman apabila melihat struktur tebing dan paras air yang cukup sesuai ditambah lagi dengan arus dan tiupan angin yang membantu dalam menjayakan trip kali ini. Lubuk ini jarang sekali dikunjungi dan harapan kami sekadar ingin berkenalan dengan spesis yang menjadikan Lubuk Tiang ini sebagai penempatannya.   

Beberapa gambar sepanjang trip sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

1. Bot yang digunakan sepanjang trip dihantar ke jeti oleh anak penyewa.

2. Cuaca cerah mengiringi perjalan di sekitar Awat-Awat ini.

3. Terserempak dengan rakan caster yang turut berkunjung ke Sungai Awat-Awat ini.

4. Rakan caster baru dari Kpg Punang turut mengambil peluang merempit di Sungai Awat-Awat.

5. Sesi memanas badan. Sempat menguji kemahiran menulis sambil menunggu air naik pasang.

6. Kerapu minyak tewas dengan lenggokan gewang Payo (Typhon-D Parrot) yang ala2 transformer ini.

7. Payo Transformer lagi... (Typhon-D Matt Tiger)

8. Jalan pintas menuju keluar ke Lubuk Tiang, terpaksa melalui terowong ini.

9.  MJ pertama tumpas dengan gewang pilihan yang dilontar jauh.


10. MJ kedua berjaya dipujuk keluar oleh Mr Hisyam dengan gewang Payo Bite 90

11. Mr Hisyam menunjukkan MJ ketiga yang berjaya dinaikkan.

12. Kerapu minyak turut menjadi mangsa gewang pilihan ini.

13. Barra juga antara spesis yang berjaya ditumpaskan dengan gewang tahap lagenda ini.

14. Close-up! Gewang lagenda kelihatan bergaya dibibir Barra KabaBOOM.
 
Trip di Lubuk Tiang ini berakhir dengan selamat jam 4 petang. Hasil keseluruhan 1 Barra, 3 MJ dan beberapa kerapu minyak. Semoga berjumpa lagi di trip akan datang. Sekian....