I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 8 Disember 2011

Kunjungan Punang, Ratah Kanalian...

Sungai Kanalian menjadi lokasi pilihan warga punang yang baru berjinak-jinak dalam teknik mengilat ini. Trip yang dijayakan bersama 3 beradik ini lebih tertumpu kepada mengenali spot-spot yang berpotensi untuk mendapatkan sambaran spesis ikan sasaran disamping berkongsi pendapat dan pengalaman dalam aktiviti mengilat. Turut dikongsikan bersama, amalan C&R (catch&release) yang perlu dipupuk dikalangan caster bagi mengelakkan pupusnya spesis idaman. Sedikit rakaman perjalanan trip sempat dirakam. Saksikanlah...

1. Tak sabar nak beraksi! Seawal jam 7 lagi, 3 caster Punang tiba di Jeti Awat-awat untuk mengambil penulis dan bergerak terus ke Kanalian.


2. Good Morning Kanalian... Kedatangan kami disapa manja oleh ungah pertama yang selamat dilepaskan.


3. Ungah ke-2 yang berjaya dipujuk keluar...  


4. Double strike! Merupakan koleksi ungah ke-3 dan ke-4 yang cukup menceriakan...


5. Tak beri peluang! Ungah ke-5 berjaya ditarik keluar dari tempat persembunyian...


6. Gebu! Ungah ke-6 yang tewas dengan lenggokan gewang TDD9... 


7. Umpak antara spesis yang berjaya dinaikkan...


8. Ungah ke-7, saiz sebegini cukup memberi layanan yang memuaskan...


9. Abang Long dengan ungah ke-2 peribadi...


10. Ungah 1.8kg ini menjadi koleksi ungah yang ke-9...


11. Rehat tengahari sebelum bergerak keluar dari Kanalian...

 
12. Dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Sungai Kenawai dan Abang Ngah berjaya menaikkan ungah pertama koleksi peribadinya...


13. Kerapu turut berjaya dinaikkan...


14. Ungah terakhir trip ini menjadikan koleksi ungah ke-11 trip yang cukup memberi kepuasan...



Trip berakhir sekitar jam 5 petang setelah puas melayan kerapu di sepanjang Sungai Kenawai dan Sungai Awat-Awat. Tahniah diucapkan kepada caster Punang yang menjayakan trip kali ini yang rasanya cukup puas melayan karenah daripada pelbagai spesis ikan di sepanjang sungai yang dimasuki. Semoga bertemu lagi di trip akan datang...

Isnin, 14 November 2011

Barra KabaBOOM di Lubuk Tiang

Kelapangan hujung minggu pada 14.11.2011 yang lepas telah diisi dengan aktiviti komplot di Lubuk Tiang. Trip kali ini dijayakan bersama rakan caster Mr. Hisyam selaku Fishfinder dan GPS bagi trip ini. Bermula seawal 6 pagi, kami bergerak ke jeti Awat-Awat untuk mendapatkan bot sewa yang ditempah sehari lebih awal. Paras air yang masih rendah telah menyukarkan kami untuk keluar menuju ke Lubuk Tiang namun kami menyusuri Sungai Awat-Awat terlebih dahulu sementara menunggu air naik pasang.

Jam 9.30 pagi, kami mula keluar menuju ke Lubuk Tiang. Setiba sahaja di Lubuk Tiang, terukir senyuman apabila melihat struktur tebing dan paras air yang cukup sesuai ditambah lagi dengan arus dan tiupan angin yang membantu dalam menjayakan trip kali ini. Lubuk ini jarang sekali dikunjungi dan harapan kami sekadar ingin berkenalan dengan spesis yang menjadikan Lubuk Tiang ini sebagai penempatannya.   

Beberapa gambar sepanjang trip sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

1. Bot yang digunakan sepanjang trip dihantar ke jeti oleh anak penyewa.

2. Cuaca cerah mengiringi perjalan di sekitar Awat-Awat ini.

3. Terserempak dengan rakan caster yang turut berkunjung ke Sungai Awat-Awat ini.

4. Rakan caster baru dari Kpg Punang turut mengambil peluang merempit di Sungai Awat-Awat.

5. Sesi memanas badan. Sempat menguji kemahiran menulis sambil menunggu air naik pasang.

6. Kerapu minyak tewas dengan lenggokan gewang Payo (Typhon-D Parrot) yang ala2 transformer ini.

7. Payo Transformer lagi... (Typhon-D Matt Tiger)

8. Jalan pintas menuju keluar ke Lubuk Tiang, terpaksa melalui terowong ini.

9.  MJ pertama tumpas dengan gewang pilihan yang dilontar jauh.


10. MJ kedua berjaya dipujuk keluar oleh Mr Hisyam dengan gewang Payo Bite 90

11. Mr Hisyam menunjukkan MJ ketiga yang berjaya dinaikkan.

12. Kerapu minyak turut menjadi mangsa gewang pilihan ini.

13. Barra juga antara spesis yang berjaya ditumpaskan dengan gewang tahap lagenda ini.

14. Close-up! Gewang lagenda kelihatan bergaya dibibir Barra KabaBOOM.
 
Trip di Lubuk Tiang ini berakhir dengan selamat jam 4 petang. Hasil keseluruhan 1 Barra, 3 MJ dan beberapa kerapu minyak. Semoga berjumpa lagi di trip akan datang. Sekian.... 







Isnin, 3 Oktober 2011

Tragedi Oktober

Uish! 4 ekor naik? Biar betul? Macam tak percaya pulak setelah melihat pic yang baru je di MMS oleh ayahnda yang sedang membottom di Awat2 ke handphone aku ni. Fuh! Bikin panas! Walaupun hujan dah mula turun dengan lebatnya di Pekan Trusan ni. Tak boleh jadi ni...

Keresahan telah membuatkan aku menghubungi ayahnda sekadar hendak mendapat kepastian dan menanyakan keadaan cuaca di Awat-Awat, Lawas. Jam dah menunjukkan 2 petang. Cuaca di Awat-Awat pun diberitakan cerah. Tanpa berfikir panjang, aku pun menghubungi rakan caster Mr Hisyam. Namun, setelah beberapa kali mencuba, beliau gagal dihubungi. Aku pun mengambil keputusan untuk turun seorang.

Dalam perjalanan, hujan bertambah lebat. Namun, awan kebiruan kelihatan di sebelah Pekan Sundar. Harap-harap lah hujan ni di Trusan je dan tak sampai ke Awat-Awat. Sampai sahaja di Pekan Sundar, hati mula terasa ceria sedikit melihat cuaca yang sememangnya cerah. Ni dah petanda bagus! Aku pun cuba menghubungi semula rakan caster Mr Hisyam untuk mengajak beliau beraksi bersama namun beliau tak dapat turun kerana ada komitmen lain. Sabar je la...

Sampai sahaja di Awat-Awat, aku pun singgah di jeti Bumbun untuk bertanya kemudahan bot dan aku bernasib baik kerana aku diberi peluang untuk menggunakan bot di sana. Jam 3.30 petang aku dah mula bergerak ke spot pertama di Sungai Bumbun Awat-awat ini dengan bertemankan anak tuan punya bot sebagai tukang kayuh. Hehe... 

Sedikit gambar perjalanan Trip 1 Oktober 2011 ini sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

1. Pic MMS yang bikin panas! Hasil ayahnda dengan teknik bottom berumpankan ikan tamban.

2. Trofi Barra pertama berskala 3.6kg

3. Close up! Ring tengah tu dah tak boleh pakai la...

4. Barra kedua berskala 1kg. Size rempit ni, siap melompat lagi.

4. Ekor Gold Fish ni dah kena modified barra. Hehe

5. Ni lah banglo di mana barra tu menginap.

6. Hasil keseluruhan, 2 barra dan 3 kerapu C&R

Sekian. Semoga kita berjumpa di trip akan datang. Jumpa lagi.... 




 

Khamis, 8 September 2011

Lepas Gian, Lepas Raya...

Berlalu lah sudah ramadhan, sebulan berpuasa...
7 Syawal, trip tanpa dirancangan ini  turut dijayakan bersama rakan caster yg sebulan juga berpuasa dari merendam gewang. Trip kali ini sekadar trip santai untuk melepaskan gian setelah kian lama bercuti.

Lokasi bagi trip kali ni ialah Sg Awat2, Lawas yang mana baru-baru ini telah menggembarkan kaki pancing yang khabarnya, 6kg Tembaring aka BlackBass berjaya dinaikkan di sungai ini. Bikin panasss!.. Belum rezeki kami agaknya untuk bertemu raja muara ini. Jangan kan BlackBass, Barramundi pun belum sempat naik lagi, Barradukang ada lah! hahaha... 

Apa pun, kedatangan kami disambut meriah oleh kerapu penghibur yang setia menanti di celah2 pokok nipah mahupun akar bakau. Beberapa gambar sempat diambil sepanjang trip singkat ini. 

1. Tekong harapan yang juga selaku mahaguru yang tak perlu diragui kehebatannya. Chewah...

2. Pemandangan sekitar sungai awat2 yang dilalui...

3.  Ikan putih/ languran antara spesis yang dinaikkan kala kerapu penghibur rakus meratah gewang.

4. Satu-satunya MJ yang dinaikkan dengan gewang keramat mahaguru TG Rider. huhuhu

Tak puas rasanya melontar gewang, namun apakan daya, hari dah mula gelap. Hasil keseluruhan, 1MJ, 1 Languran dan berbelas kerapu penghibur. Next trip kita layan lagi. Ada lubuk cantek ooo... Nantikan episod seterusnya akan datang.

Isnin, 25 Julai 2011

Amukan Kerapu Lubuk Nipah

Tepat jam 3 petang. Jumaat, 22 Julai 2011. Telefon pun berbunyi... "Hello! Hello! Ikut pegi laut esok ka?...." Ni lah pelawaan yang agak sukar untuk ditolak. Trip laut dalam yang tak seberapa nak dalam ni telah diatur oleh rakan pancing Mr Ameng pada Sabtu lepas. 
Misi trip ini ialah untuk mencari penghuni lawa-lawa disekitar perairan laut berdekatan Kpg Awat-Awat. Seawal 5 pagi lagi kami berkumpul dan terus bertolak ke Kpg Awat-Awat di mana disitulah perkhidmatan bot disediakan. Trip yang turut disertai oleh Mr Syukri yang mana ditugaskan untuk menyediakan umpan hanya dapat membekalkan ikan tamban kerana pasar kosong katanya. Jadi, trip kali ini hanya berharap agar dapat mencari umpan segar dengan teknik apollo. 

Jam 7.15 pagi kami singgah di spot lawa-lawa yang pertama. Hampir 30 minit menunggu namun tiada sebarang sambaran dari penghuni lawa-lawa. Jadi kami pun berpindah ke spot lawa-lawa kedua... ketiga... dan keempat... masih mengecewakan. Jam sudah hampir pukul 10 pagi. Keadaan cuaca semakin panas. Laut dah mula bergelora, mual mula terasa. Akhirnya, kami pun bercadang untuk masuk ke Sungai Awat-Awat untuk menjejak unggah aka MJ. Kebetulan pula set casting turut dibawa bersama dan rakan yang lain berminat untuk mencuba teknik mengilat ini. Sedikit gambar sepanjang perjalanan trip ini sempat dirakam untuk dikongsikan bersama.

1. Muka ceria mengiringi perjalanan dengan harapan mendapat habuan yang lumayan.



2. Gagal mendapat sapaan penghuni di laut, lokasi berubah menuju ke sungai dan tanpa menunggu lama, MJ pertama berjaya dinaikkan.



3. MJ kedua yang asyik skodeng gewang, kantoi akhirnya. Ahaks...



4. Rakan bottom, Mr Ameng kena karan! Berjaya menaikkan MJ dengan hanya set pancing udang. Beliau juga turut menaikkan beberapa ekor kerapu walaupun balingan gewang yang agak merapu. Syabas! teracun jua akhirnya.



4. Hasil keseluruhan trip... 3 MJ, 45 kerapu, 1 titir dan 2 sumpit. Kerapu kecil CNR, namun tak sempat nak kira.


Kesimpulannya, lubuk nipah yang dikunjungi tidak mengecewakan. Kepada caster lain yang gian nak melayan strike, kedatangan anda dialu-alukan. Sekian... 

Rabu, 15 Jun 2011

Kem Batalion Awat-Awat dan 32 Komando

Keinginan untuk melontar gewang setelah seminggu tidak turun telah membuatkan jari jemari terasa gatal dan terlaksanalah trip singkat di Sungai Awat-Awat bersama rakan caster Mr Hisyam aka TG Rider yang kebetulan bercuti pada hari Jumaat lepas. Trip mengilat kira-kira 2 jam ini adalah antara kenangan yang agak sukar untuk dilupakan. Boleh dikatakan trip ini mencipta rekod dari segi masa dan hasil di Sungai Awat-Awat ini. Kondisi air yang cukup baik memandangkan dah 2 hari hujan tidak turun membasahi bumi, telah menceriakan lagi perjalanan trip ini. 

Keceriaan bertambah apabila geng budak hitam beratur seperti Komando berbaris menunggu Panglima Tentera Laut untuk memeriksa barisan di Kem Batalion Awat-Awat. Hehehe...

Sedikit gambar perjalanan trip sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

Mejar Jeneral Pertama turut mengiringi perbarisan 
 















Mejar Jeneral Kedua 
   














Mejar Jeneral Ketiga















Kelihatan panglima tentera sedang asyik mengumpul tentera...















Ke mana lagi nak kita hantar ni...















Gaya seorang Panglima Tentera... Huhuhu




















Hasil keseluruhan: 3 Mejar Jeneral dan 32 Komando
Sekian, semoga berjumpa lagi di trip akan datang...